Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 125 views

This company has no active jobs

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Tulisan Jawi: ديوان بهاس دان ڤوستاک ), atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Matlamat Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah bermatlamatkan :-

  1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
  2. Memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
  3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
  4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
  5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
  6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Cara Hubungi DBP

Alamat: Jalan Dewan Bahasa, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon:+60 3-2147 9000

Rakan Strategik

Facebook

error: Content is protected !!