Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)2705 views

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah salah satu kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato’ Sri S. Subramaniam. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sejak 16 Mei 2013 hingga kini.

Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tangjungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

 

Misi

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
  • memberi kesedaran kepeda rakyat betapa pentingnya kesihatan

 

Cara Hubungi

Alamat: Blok E1, E3, E6, E7 & E10, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia

Tel: 03-8000 8000

Faks: 03-8888 6187

Emel: kkm@moh.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives