Majlis Daerah Kampar2411 views

Majlis Daerah Kampar

Majlis Daerah Kampar (dahulunya Majlis Daerah Kinta Selatan) telah ditubuhkan pada 1.12.1979 apabila berkuatkuasanya Warta Kerajaan Pk.PU 11 bertarikh 24.03.1981.  Dahulunya dikenali sebagai Lembaga Bandaran iaitu cantuman di antara  sebuah Lembaga Bandaran (Kampar) dan tiga buah Majlis Tempatan iaitu Gopeng, Jeram dan Malim Nawar.

Nama Majlis Daerah Kinta Selatan telah ditukar kepada Majlis Daerah Kampar dengan singkatan MDKpr. Telah diluluskan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 403 bertarikh 25 Februari 2009. Penukaran ini adalah selaras dengan pengwujudan daerah baru iaitu Daerah Kampar hasil dari pecahan daerah kecil Gopeng dan Kampar daripada daerah Kinta.Perisytiharan Daerah Kampar telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 586, No. 587 dan No.588 bertarikh 23.04.2009.

Majlis Daerah Kampar telah mewartakan peluasan kawasan di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976 Akta 171, Sub Seksyen 4(3) dengan No. Warta 3114, bertarikh 8 Oktober 2015 melalui Warta Kerajaan Negeri Perak yang diterbitkan pada 5 November 2015 sepertimana Pelan Warta P.W 2131 dan P.W 4171).  Dengan itu, keluasan keseluruhan Majlis Daerah Kampar yang meliputi keseluruhan Mukim Kampar, Teja dan sebahagian Mukim Sg. Raia, Daerah Kinta dan sebahagian Mukim Chenderiang, Daerah Batang Padang adalah seluas 67,692.011 hektar (676.919km persegi). Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Almarhum  DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Majlis Daerah Kampar

VISI

Menjadi Peneraju kearah Kawasan Perbandaran Kampar yang Progresif dan Sejahtera Menjelang Tahun 2015

MISI

Melaksanakan dan Mengawal Selia Pembangunan Daerah Kampar bagi Mewujudkan Persekitaran yang Sejahtera dan Mampan Melalui Penyampaian Perkhidmatan Perbandaran yang Inovatif, Cepat, Tepat dan Berintegriti

Hubungi

Sila klik  http://www.mdkampar.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives