Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) 112 views

This company has no active jobs

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)

Majlis Sukan Negara atau ringkasnya MSN telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis. Satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981. Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara. Iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

Cara Hubungi

Majlis Sukan Negara Malaysia,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil,
57000 Sri Petaling,
Kuala Lumpur

Tel : 03-89929600
Faks : 03-89967400
E-mel : webinfo@nsc.gov.my

Rakan Strategik

Facebook

error: Content is protected !!