Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)2677 views

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

PKPS dalam tempoh 2010 hingga 2014 adalah ke arah mengembangkan aktiviti komersil. Memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. Projek ternakan ayam berteknologi tinggi, projek ternakan tenusu lembu dan projek ternakan ikan air tawar. Pengembangan aktiviti ini adalah sebagai sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Visi

Memajukan Sektor Pertanian Secara Komersil Bagi Meningkatkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Selangor

Misi

Menjadi Sebuah Organisasi Korporat Yang Kukuh,Dinamik,Berintegriti Melalui Pelaksanaan Projek-Projek Komersil Dan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor

Hubungi

Sila klik  http://www.pkps.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives