Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) 113 views

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)

PR1MA Malaysia bukan hanya berperanan untuk membina rumah. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengadakan kediaman komuniti yang selamat dan terjamin selain menggalakkan kerharmonian, penglibatan dan kerjasama antara komuniti.  PR1MA Comm akan memastikan semua rumah PR1MA dihubungkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang tidak langsung dapat menyediakan akses penuh kepada informasi dan pengetahuan, mendorong kepada perkongsian idea dan informasi, serta membawa bersama komuniti yang merata dari sudut geografi kepada satu rangkaian Komuniti Maya PR1MA.

Hubungi

Sila klik disini  http://www.pr1ma.my

Rakan Strategik

Facebook

error: Content is protected !!