Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang)6030 views

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang)

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993. MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdb Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang.

Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang)

Visi

Menjadi institusi zakat yang cemerlang dan berwibawa ke arah membangunkan sosio ekonomi ummah.

Misi

Memaksimumkan kutipan dan bilangan pembayar zakat melalui :

  • Melaksanakan pendekatan dan kaedah kutipan zakat secara profesional, efisien dan sistematik berlandaskan hukum syarak.
  • Memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat islam melalui penyebaran info zakat dan program penerangan yang berterusan.
  • Menyediakan kemudahan saluran pembayaran zakat yang pelbagai, terkini serta sistematik bagi memudahkan urusan bayaran zakat.
  • Mengutamakan elemen kreatif dan inovatif dalam pengurusan zakat melalui penyelidikan dan pembangunan (P&P), sistem penyampaian yang berkesan serta   aplikasi teknologi terkini.
  • Sentiasa responsif dan mengadaptasikan perkembangan ICT ke arah perkhidmatan berkualiti dan efektif.

Hubungi

Sila klik disini  http://www.muip.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives