Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) 222 views

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) ditubuhkan berdasarkan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Tahun 1959 dan tertakluk kepada Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi mengendalikan urusan-urusan seperti Pelantikan, Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Rayuan Kenaikan Pangkat dan Rayuan Tindakan Tatatertib. Pengerusi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dilantik dengan perkenan DYMM Sultan Johor. Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor 1959 telah melalui beberapa pindaan bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa serta sejajar dengan kemajuan dan pemodenan negara.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ)

Visi

Melantik anggota-anggota perkhidmatan awam yang berkualiti dan cemerlang.

Misi

Melantik anggota-anggota perkhidmatan awam yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditentukan untuk perkhidmatan awam negeri Johor.

Hubungi

Sila layari: http://spaj.johor.gov.my/v3/

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!