Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)2438 views

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) diwujudkan dalam tahun 1961 di bawah The Sarawak (Public Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963. Pada 16 September 1963, iaitu tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) maka SPANS telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya. Di bawah Artikel 35(1), keanggotaan SPANS terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.

Selain daripada itu, SPANS juga dipertanggungjawabkan di bawah Artikel 39(3). Perlembagaan yang sama, untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Bermula pada 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service Regulations 2000. SPANS merupakan kuasa melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan pangkat dan mengawal disiplin kakitangan pihak berkuasa tempatan. Ini selaras juga dengan Public Service Commision (Additional Functions) Ordinance, 2001

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

VIsi

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia Menjelang 2030

Misi

Kami Komited Dalam Menyediakan Modal Insan yang Berkualiti Untuk Mencapai Kecemerlangan Perkhidamatan Awam

Hubungi

Sila klik disini  http://www.psc.sarawak.gov.my/

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives