Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) 176 views

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

TUDM atau Tentera Udara Diraja Malaysia adalah sebuah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Matlamat Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

TUDM secara menyeluruh bermatlamatkan untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara. Sebagai salah satu elemen pertahanan di dalam Angkatan Tentara Malaysia, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh. Ia melibatkan “offensive airstrike“, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.
Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.

Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.

Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!