Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 216 views

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Latar Belakang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Sains Islam Malaysia USIM merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk  integrasi ilmu Naqli dan Aqli.USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi  keperluan fizikal dan rohani. Bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga.  Pendekatan yang ditampilkan oleh  USIM,  merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu. Malah menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli). Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman   yang komprehensif serta   menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.

Moto

Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa

Falsafah

Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.

Visi

Mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli untuk mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat.

Misi

Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat.

Cara Hubungi

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

No. Tel: +606-798 8000

No. Faks: +606-798 8032

Emel: helpdesk@usim.edu.my

Laman Web:  Universiti Sains Islam Malaysia

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!