Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 188 views

This company has no active jobs

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Apakah maksud UTeM?

 UTeM adalah singkatan kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ia adalah sebuah universiti yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Act 30). Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-14 di Malaysia. UTeM kini beroperasi di tiga buah kampus. Kampus Induk terletak di kawasan penuh kehijauan di Durian Tunggal, kira-kira 3 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh. Kampus berkeluasan 766 ekar ini hampir siap sepenuhnya dengan kemudahan kampus kondusif. Selain Kampus Induk UTeM juga mempunyai Kampus Bandar yang terletak di Jalan Hang Tuah iaitu di tengah-tengah Bandaraya Melaka dan Kampus Industri yang terletak di kawasan perindustrian di Ayer Keroh.

Visi

Menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia

Misi

UTeM bertekad untuk menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan:

  1. Memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif
  2. Membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional
  3. Menjana pembangunan lestari bersama industri dan komuniti

Connect with us

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!