Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik Dan Ringkas

Surat Rasmi Berhenti Kerja Terbaik Yang Mudah Dan Ringkas. Panduan buat pekerja yang bercadang atau berhasrat untuk berhenti kerja. Berikut dikongsikan Contoh Surat Berhenti Kerja terbaik yang mudah dan ringkas. Perkongsian contoh surat rasmi notis berhenti kerja (resignation letter) adalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris yang merangkumi notis perletakan jawatan samada 24 jam ataupun sebulan dan sebagainya.

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik Dan Ringkas

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik Yang Mudah Dan Ringkas

Berikut adalah diantara contoh surat rasmi berhenti kerja yang terbaik, mudah dan ringkas :-

CONTOH 1

ALI BIN AHMAD
NO. 22, JALAN AB,
KOLAM AIR,
80200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM

XYZ SDN BHD,
LOT PLO 88, JALAN UBI KAYU,
81400 SENAI,
JOHOR DARUL TAKZIM

18 JUN 2016

Tuan,

PERKARA : NOTIS BERHENTI KERJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ali Bin Ahmad, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat bermula 18 hb Julai 2016.
2. Saya berbuat demikian kerana ingin menyambung pelajaran di universiti tempatan.
3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar

……………………………………………
(ALI BIN AHMAD)
NO K./: …………………………

CONTOH 2

Siti Bin Rosli,
Akaun Eksekutif ,
PAP Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

General Manager,
PAP Hotel,
26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.                                                                1 APRIL 2016

Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Saya Siti Binti Rosli bertugas sebagai Eksekutif Akaun di PAP Hotel ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang notis perletakan jawatan saya selama sebulan bermula 1 April 2016.

3..     Untuk makluman pihak tuan, perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.

4.    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak tuan.

5.    Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya dan segala kerjasama di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

……………………….
(SITI BINTI ROSLI)
Eksekutif Akaun,
PAP Hotel

CONTOH RESIGNATION LETTER DALAM ENGLISH

TO : Mr.

DATE : Date

SUBJECT: Resignation

Dear Mr. …………..,This is to formally notify you that I am resigning from (company name) as (title).

My last day of work will be (Date), which should allow me plenty of time to finish ongoing projects and to turn over the position to my replacement. Please feel free to contact me at any time should you have any questions regarding my past work. I hope that the transition will go smoothly for everyone.

My experience with (company name) has been very rewarding. I appreciate having had the opportunity to work for such a fine company. I wish you and the organization continued success.

Sincerely,

(Your signature)

(Your name)

Semoga perkongsian senarai contoh surat berhenti kerja yang dikongsikan ini dapat dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukannya. Semoha anda berjaya dalam kerjaya anda di tempat baru anda.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives