Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) 614 views

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda semua dipelawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan kerja kosong DBKL adalah pada 24 Mei 2017.

  • Koleksi resume terbaik dalam pelbagai bidang pekerjaan klik TIP RESUME
  • Dapatkan pemeriksaan resume percuma anda di sini RESUME REVIEW

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur :-

1. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
4. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29
5. PEMBANTU PENILAIAN W19

 

Syarat Asas Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan.
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan yang disediakan SYARAT-SYARAT PELANTIKAN 

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (https://apps.dbkl.gov.my/epengambilan)
  • Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak pengiktirafan Sijil, Diploma atau Ijazah di laman web http://app.mohe.gov.my/iktiraf
  • Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga.

 

CATATAN :

  • Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraipendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.

Selamat membuat permohonan Kerja Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

Share this job

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan. Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Bermula 18.7.2015 sehingga kini, jawatan Datuk Bandar kesebelas disandang oleh Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abdul Aziz.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Visi

DBKL akan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan terunggul bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Misi

Untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Ibu Kota Kuala Lumpur menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan tadbir urus yang cemerlang.

Hubungi

Sila klik  http://www.dbkl.gov.my/

More jobs from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!