Jawatan Kosong Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM9742 views

Kerja Kosong Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM. Panduan buat mereka yang sedang mencari jawatan kosongBerita baik buat mereka yang diluar sana. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sukacitanya mempelawa dan memberi peluang kepada warganegara Malaysia (anggota PDRM) yang berkelayakan untuk berkhidmat di Unit 69 Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas. Permohonan jawatan kosong Komando adalah dipelawa daripada Pegawai Polis Diraja Malaysia berpangkat Inspektor, Koperal, L/Kpl & Konstabel (Lelaki sahaja) yang ingin berkhidmat di Unit 69 Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas.

 

Jawatan Kosong Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM

 

Jawatan Kosong Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM

Berikut adalah senarai jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan untuk jawatan sebagai Komando Pasukan Gerak khas PDRM:-

  1. Pegawai (Inspektor)
  2. Anggota (Koperal, L/Kpl & Konstabel)

Syarat kelayakan Komando

  1. Pegawai berpangkat Inspektor umur tidak lebih 35 tahun.
  2. Anggota Pangkat Rendah (APR) tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Bersih dari tindakan tatatertib @ tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
  4. Tinggi tidak kurang 165 cm
  5. Pendengaran & penglihatan baik (tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap)
  6. Boleh berenang & mengapung badan didalam air.
  7. Diakui memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit kronik seperti buasir, batu karang, tekanan darah tinggi, jantung, asma dan lain- lain serta kecederaan akibat kemalangan.
  8. Kebolehan bertutur/menulis dalam bahasa Inggeris adalah diutamakan tetapi tidak menjadi syarat utama kelayakan memohon.
  9. Semua peserta dikehendaki lulus ujian tenaga & proses temuduga semasa sesi pra pemilihan bagi melayakkan diri ke Ujian Penilaian & Pemilihan Awal (Selection) dan seterusnya mengikuti Kursus Asas Komando.

Cara memohon Jawatan Kosong Komando

  1. Borang permohonan & tawaran akan dikeluarkan melalui Perintah Pasukan Khas melalui E Siar mulai 2017.
  2. Semua permohonan hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Cawangan/Formasi masing-masing dan dihantar ke alamat :

KOMANDER 69 KOMANDO PASUKAN GERAKAN KHAS,
31150 ULU KINTA PERAK
(UP : ASP Latihan Peperangan Khas)

Sebarang pertanyaan

Sila hubungi :

  • Pejabat Cawangan Latihan Peperangan Khas 69 Komando ditalian 05-5406767.

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Komando (VAT69) Pasukan Gerakan Khas PDRM. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives