Kembara Kerjaya Johor 2017 : Tarikh Dan Lokasi

Jadual Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017. Berita baik buat Belia Negeri Johor yang sedang mencari kerja kosong. Program Kembara Kerjaya Johor 2017 kembali lagi. Ianya bakal menawarkan hampir 5,000 peluang pekerjaan dan akan diadakan di lima lokasi daerah pada 29 Mac hingga 2 April 2017. Program tahun keempat ini bakal menawarkan peluang kerjaya, peluang kemahiran, peluang perniagaan, peluang kesukarelawan dan pelbagai informasi berguna untuk ditimba. Jadi bilakah tarikh dan lokasi Kembara Kerjaya Johor 2017 akan diadakan?

Jadual Kembara Kerjaya Johor 2017

Kembara Kerjaya Johor 2017 Edisi Keempat

Untuk makluman, Kembara Kerjaya telah mebantu lebih daripada 4000 orang mendapat pekerjaan. Mungkin tahun ini giliran anda atau saudara anda atau rakan anda untuk mendapatkan kerja pula. Oleh itu, semua Bangsa Johor adalah dijemput hadir ke Program Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 4 tahun 2017. Sebanyak 5000 Peluang pekerjaan dan hampir 700 kursus kemahiran akan dibuka kepada rakyat Johor.

Datanglah beramai – ramai untuk memeriahkan dan merebut peluang serta info -info terkini di negeri Johor

Program ini adalah inisiatif – YB R.VIDYANANTHAN, EXCO PERPADUAN DAN SUMBER MANUSIA NEGERI JOHOR. Dengan kerjasama Unit Swadaya Insan Johor , JobsMalaysia , Azam Kerja Muafakat Johor dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Tarikh Dan Lokasi Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017

Kepada mereka yang berminat, berikut dikongsikan senarai tarikh dan lokasi Kembara Kerjaya Johor tahun 2017 diadakan :-

1. SMK Kahang, Kluang

  • 29 Mac 2017
  • ⌚ 3.00 petang – 5.00 petang.

Pengisian Program

▪Ceramah Kerjaya
▪Majlis Sambutan Rasmi
▪Perasmian Pembinaan Wakaf
▪Informasi Interaktif Agensi – Car Booth

2. Dewan Jubli Intan Batu Pahat

  • 30 Mac 2017.
  • ⌚ 9.00 Pagi – 5.00 Petang.

Pengisian Program

▪Kanival Kerjaya
▪Informasi Interaktif
▪Jualan Peserta Azam Kerja Muafakat Johor
▪Ceramah Kerjaya
▪Kursus Pendek Kemahiran
▪Sesi Perkongsian
Maklumat Khas Oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

3. Dewan Serbaguna Tun Sulaiman Ninam Shah Muar( Bangunan UMNO Muar )

  • 31 Mac 2017
  • ⌚ 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengisian Program

▪Karnival Kerjaya
▪Informasi Interaktif Agensi
▪Jualan Peserta Azam Kerja Muafakat Johor
▪Ceramah Kerjaya
▪Taklimat Kesukarelawan ▪Sesi Perkongsian Maklumat Khas Oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

4. Dataran Segamat , Segamat

  • 1 April 2017
  • ⌚9.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengisian Program

▪Karnival Kerjaya
▪Informasi Interaktif Agensi
▪Jualan Peserta Azam Kerja Muafakat Johor
▪Ceramah Kerjaya
▪Sesi Perkonsian Maklumat Khas Oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

5. Kilang Bateri Johor Bahru

  • 2 April 2017
  • ⌚ 9.00 Pagi – 5.00 Petang

Pengisian Program

▪Karnival Kerjaya
▪Karnival Skills Malaysia
▪Kursus Pendek dan Bengkel Kemahiran
▪Informasi Interaktif Agensi
▪Jualan Peserta Azam Kerja Muafakat Johor
▪Majlis Perasmian Penutup Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 4.0 2017
▪Anugerah TOKOH BELIA MAHIR JOHOR 2017
▪Anugerah Konvoi Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017

Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Kembara Kerjaya Johor ❓❓

  • Peluang Pekerjaan.
  • Kursus-Kursus Pendek Kemahiran.
  • Maklumat Peluang Dalam Bidang Kemahiran dan Usahawan
  • Ketahui Pembangunan Johor
  • Informasi Interaktif dari 40 Agensi

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini , datanglah beramai- ramai ke Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017 di lokasi yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat di talian 019- 3160148. Layari www.facebook.com/swadayajohor

Selamat datang ke Kembara Kerjaya Johor 2017 . Semoga anda berjaya mendapat pekerjaan yang diinginkan.

[ KARNIVAL #KERJAYA_JOHOR 2018 ]Job Fair @ UTC JOHOR 3 & 4 Mac 2018 9.00 pagi – 6.00 petang UTC Galleria @…

Posted by SISWA ANAK JOHOR on Selasa, 20 Februari 2018

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives