Permohonan SPA9 Online Borang Pendaftaran Pekerjaan

Permohonan SPA9 OnlineJawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Panduan buat mereka yang sedang mencari jawatan kosong di Sektor Awam Kerajaan, permohonan SPA9 boleh dilakukan secara online. Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, STPM, STAM, pelajar tahun akhir dan OKU, anda digalakkan supaya memohon secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui Sistem SPA9 yang dulu dikenali sebagao SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam.

HEBAHAN: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menggantikan Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Pekerjaan SPA8i bermula 28 September 2020. Pemohon sedia ada yang masih belum tamat tempoh permohonan tidak perlu mendaftar semula.

Permohonan Borang SPA9 Online

Berikut merupakan cara membuat permohonan atau pendaftaran Borang SPA9. Kemaskini bagi Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan SPA9 Online

1. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda terlebih dahulu sebelum boleh mengisi borang SPA9. Bagi pemohon baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon dengan membuat Daftar Baru

2. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada :-

3. Klik Pendaftaran Pengguna

4. Isikan Maklumat anda dan pastikan ruangan bertanda * diisi

5. Selesai mengisi maklumat, tanda kotak persetujuan pendaftaran dan klik Daftar

6. Panduan bagi pendaftaran Sistem SPA9 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila buka pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Permohonan SPA8i

Syarat-Syarat Pendaftaran SPA9

  • Pendaftaran untuk memohon boleh dilakukan pada bila-bila masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diterima
  • Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun
  • Penerimaan permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan kosong yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan
  • Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Syarat terkini SPA9

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-

  • (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  • (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  • (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah sahaja.
    Memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov)

Pemohon boleh mengemaskini SPA9 dan menyemak status permohonan pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam  tempoh 24 jam

Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Maklumat Jawatan

Berikut merupakan pautan maklumat- maklumat jawatan iaitu deskripsi tugas dan gaji yang ditawarkan mengikut kelayakan akedemik:

  1. Ijazah/Sarjana/PHD
  2. Diploma/STP/STPM/STAM/HSC
  3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. SPM/SVM/SKM/Sijil
  5. PMR/PT3
  6. Kelayakan Bakat
  7. Latihan Separa Perubatan

Pautan  Borang SPA9

Setelah mendaftar, sila login untuk meneruskan permohonan anda. Berikut merupakan pautan bagi Borang SPA9:

1. Klik Server

*Nota : Silih pilih salah satu server jika berlaku masalah capaian jika terdapat ramai user online

Semakan Online Dan Panduan

Sila klik Portal Rasmi SPA  untuk melakukan semakan-semakan online dan mendapatkan panduan-panduan bagi membantu anda melakukan permohonan SPA9.

Semoga berjaya buat pemohon semua !

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives