Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara

Sejarah Kertas 3 SPM Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara. Berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara untuk Kertas 3 Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • Koleksi skema jawapan kertas 3 Sejarah SPM klik MyPendidikan.com

 

Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara

Tajuk 11 : Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
(Merujuk tema 11 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 3)

Soalan :

Terangkan keunikan sistem pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan kaitkannya dengan kegemilangan Malaysia pada masa kini.

Peringatan;

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara

Skema Jawapan Kesedaran Pembinaan Bangsa Dan Negara

Peraturan pemarkahan Tingkatan 5 Bab 3

Soalan:

Pembinaan negara dan bangsa telah bermula pada abad ke-18. Jelaskan perkembangan pembinaan negara bangsa Malaysia.

1. Pengenalan (5 Markah)

Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembinaan negara dan bangsa melayu tradisional.

F1 Muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja.
F2 Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa.
F3 Rakyat menerima dan mengakui kekuasaan raja
F4 Raja memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat
F5 Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah
F6 Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah
F7 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan
F8 Penjajahan barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri
F9 British campur tangan di Tanah Melayu, British merujuk setiap kerajaan melayu sebagai negeri
F10 British menetapkan sempadan setiap kerajaan
F11 Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri
F12 Gagasan Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden
F13 Pada tahun 1948, sebuah pentadbiran pusat yang menggabungkan semua negeri melayu di bawah Persekutuan Tanah Melayu
F14 Pemberian kemerdekaan oleh British pada tahun 1957 menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka
F15 Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat
F16 Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dengan ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara
F17 Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini
F18 Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang mempunyai bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap  keduniaan yang berbeza
F19 Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan
F20 Pengenalan Rukun Negara dalam setiap aspek kehidupan

2. Pembinaan Negara dan Bangsa

Bincangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa berikut

a) Itali (15M)
F1 Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah
F2 Dibahagian utaranya, beberapa wilayah
F3 Seperti Venetia dan Lombardy dikuasai oleh Austria
F4 Orang Itali ingin menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan
F5 Dengan menghalau keluar orang Austria dari bumi Itali
F6 Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali sebagai
sebuah negara
F7 Dengan menggunakan amalan realpolitik,
F8 Count Camillo Benso di Cavour menyanjung penyatuan Itali
berlandaskan pemerintahan monarki
F9 Beliau telah bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah
Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860
F10 Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya mengalahkan
Austria
F11 Melalui satu pungutan suara yang diadakan Count Camillo Benso
di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan
Itali
F12 Pada tahun 1866, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali
F13 Sebagai membalas jasa Itali, dalam membantu Prussia
menewaskan Austria
F14 Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom
F15 Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang tersebut
untuk menyatukan Rom dan Itali
F16 Penyatuan ini berjaya membentuk sebuah negara bangsa Itali

b) Jerman (5 M)
F17 Di Jerman, Otto Eduard Von Bismarck turut mengamalkan
realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan negara Jerman
pada tahun 1871
F18 Bismarck menggunakan pelbagai teknik
F19 Seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan

F20 Matlamat Bismarck menyatukan Jerman
F21 Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang
dianjurkan oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman
F22 Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk
memenangi
F23 Membangkitkan semangat rakyar Prussia di medan tempur
F24 Bismarck telah melancarkan tiga siri peperangan untuk menentang
musuhnya
F25 iaitu Denmark (1864), Austria (1866) dan Perancis (1870)
c) Kerajaan Islam di Madinah (5M)
F26 Pembentukan kerajaan islam di Madinah merupakan satu contoh
penyatuan melalui prinsip islam
F27 Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu menyusun perlembagaan
Madinah sebelum mengasakan kerajaan islam di Madinah
F28 Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang
berbilang kaum
F29 iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab
F30 Nabi Muhammad s.a.w berjaya membentuk kerajaan islam di
Madinah
F31 Melalui cara diplomasi, musyawwarah dan permuafakatan
F32 Pembentukan kerajaan islam Madinah membuktikan bahawa
kejayaan tersebut adalah hasil daripada amalan kerjasama dan
permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin
dengan rakyat

d) Negara Malaysia (5M)
F33 Pembentukan negara Malaysia adalah berkat kebijaksanaan
pemimpin negara

F34 Pandangan jauh pemimpin tidak menumpahkan darah
F35 Kemerdekaan yang telah dicapai oleh Malaysia adalah melalui rundingan
F36 Pakatan Murni
F37 Tolak ansur
F38 antara tiga kaum yang terbesar di negara ini

3. Menganalisis ciri-ciri negara bangsa Malaysia (15 Markah)

Huraikan ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa Malaysia
F1 Pembinaan negara & bangsa Malaysia bermula sejak tahun 1957
F2 Proses pembentukan memerlukan perkongsian bijak antara kaum
F3 Penglibatan semua pihak sama ada pemimpin atau rakyat untuk
merealisasikan pembinaan negara & bangsa
F4 Ada empat ciri pembinaan negara & bangsa iaitu kerajaan, bangsa,
negara dan perlembagaan
Negara
F5 Wilayah yang mempunyai penduduk
F6 Sempadan
F7 Pemerintah
F8 Terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak

F9 Institusi pemerintahan yang tersusun
F10 Bertanggungjawab membuat/ keputusan politik
F11 Menguatkuasakan undang-undang/ peraturan kerajaan
Bangsa
F12 Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah
F13 Mempunyai persamaan dari segi bahasa/ adat resam/ kesenian/
pengalaman sejarah
F14 Idea bangsa ini untuk melahirkan perasaan bersatu padu dalam
kalangan rakyat berbilang kaum
Kerajaan
F15 Institusi pemerintahan bertanggungjawab menggubal dasar
sesebuah negara
F16 Institusi pemerintahan bertanggungjawab melaksanakan dasar
negara
F17 Merangkumi semua badan yang membuat/ mentafsir/ melaksana
dasar-dasar kerajaan
F18 Bertindak sebagai pengaman
F19 Bertindak sebagai penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah
negara
F20 Mempunyai badan perundangan/ kehakiman/ pelaksana
Perlembagaan
F21 Peraturan tertinggi samaada bertulis atau tidak bertulis
F22 menjadi rujukan bagi mentadbir sesebuah negara
F23 menjadi panduan bagi mentadbir/ memerintah

F24 Peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan untuk mentadbir
negara
F25 memberi jaminan perlindungan kepada rakyat

4. Cadangkan langkah-langkah untuk memantapkan sistem pentadbiran negara. (15 Markah)

F1 Sistem Pendidikan
F2 Pemerintah yang adil
F3 Keadilan ekonomi sama rata
F4 Pemerintah berilmu
F5 Pemerintah amanah
F6 Kerajaan mesra rakyat
F7 Mematuhi perlembagaan
F8 Mengamalkan konsep 1 Malaysia
F9 Kerajaan prihatin tentang nasib rakyat
F10 Pendemokrasian ilmu
F11 Menjalankan pengurusan dengan lancar
F12 Menekankan perpaduan negara/ rakyat
F13 Kebebasan ekonomi
F14 Berfikiran Globalisasi
F15 Berdaya saing
F16 Sifat terbuka terhadap nilai-nilai positif
F17 Tapisan Keutuhan

F18 Pemimpin bijak/ minda kelas pertama
F19 Mengurangkan karenah birokrasi
F20 Melaksanakan ikrar integriti pilihanraya
F21 Menjalankan hubungan diplomatik
F22 Pemimpin yang berpandangan jauh
F23 Kronisme sifar
F24 Kebajikan rakyat diutamakan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

5. Kejayaan pentadbiran Malaysia oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu (10 Markah)

F1 Penubuhan Tabung Haji
F2 Penubuhan Felda
F3 Penubuhan dana amanah saham
F4 Penubuhan MARA
F5 Pemimpin Malaysia bertaraf dunia
F6 Malaysia pengerusi OIC
F7 Malaysia pengerusi NAM
F8 Malaysia tuan rumah Sukan Komenwel
F9 Dasar Pandang Ke Timur
F10 Menamatkan Konfrontasi Malaysia-Indonesia
F11 Menubuhkan MSC

F12 Kemajuan sistem pentadbiran/ e-pentadbiran
F13 Kemajuan ICT dalam pengurusan
F14 Kemajuan ekonomi pesat
F15 Sistem Perbankan elektronik
F16 Pelaksanaan k-ekonomi
F17 ICT dalam pendidikan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

6. Cabaran dan langkah-langkah menghadapi abad ke-21 (10 Markah)

Cabaran yang dihadapi oleh malaysia pada abad ke 21 bagi menjamin kemajuan negara
F1 Masyarakat berbilang kaum
F2 Berlainan budaya
F3 Berlainan bahasa
F4 Berlainan Kepercayaan
F5 Berlainan pendapat berkaitan keduniaan
F6 Pengaruh media massa
F7 Pengaruh anasir luar
F8 Kurang didikan Agama
F9 Perbezaan fahaman politik

Langkah untuk mengatasi cabaran

F10 Mengukuhkan perpaduan kaum
F11 Laksana konsep 1 Malaysia
F12 Menjayakan wawasan 2020
F13 Memantapkan sistem pendidikan
F14 Memperkukuhkan institusi kekeluargaan
F15 Memantapkan didikan agama
F16 Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan
( Mana-mana jawapan yang munasabah)

7. Nilai-nilai murni atau iktibar yang diperolehi daripada perkembangan pentadbiran negara

F1 Berdikari
F2 Rajin berusaha
F3 Mengekalkan tradisi
F4 Berani menghadapi cabaran
F5 Bercita-cita tinggi
F6 Berdaya saing
F7 Bersikap inovatif dan kreatif
F8 Berani menghadapi cabaran
F9 Mengekalkan kemanan negara
F10 Menguasai ilmu pengetahuan
F11 Toleransi antara kaum

F12 Memanfaatkan kurniaan Tuhan
F13 Mengukuhkan jati diri bangsa
F14 Berfikiran terbuka
F15 Sedia menerima perubahan
( Mana- mana jawapan yang munasabah)

8. Rumusan

F1 Pengetahuan yang diperolehi
F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
F3 Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

 

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives