Tugas Jurutera Gred J41 Dan Gaji

Deskripsi Tugas Dan Tangga Gaji Jurutera Gred J41. Menjadi seorang jurutera adalah cita-cota ramai pelajar di bangku sekolah. Kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang jurutera di sektor perkhidmatan awam, berikut dikongsikan Senarai Tugas Jurutera Gred J41 termasuk jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan. Jawatan Jurutera Gred J41 adalah salah satu jawatan kerajaan untuk lepasan Ijazah/ Sarjana/ PHD. 

Pendaftaran pekerjaan Jurutera Gred J41 adalah melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar secepat mungkin.

Tugas Jurutera Gred J41 Dan Gaji

Deskripsi Tugas Jurutera Gred J41 Dan Gaji

Secara asasnya, seorang jurutera Gred J41 mempunyai tugas/ tanggungjawab seperti berikut :-

  • Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan

Maklumat jawatan jurutera Gred J41 di Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :-

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kementerian/ Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji Jurutera Gred J41

  • Gaji Minimum : RM2,529.00
  • Gaji Maksimum : RM9,643.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan Jurutera Gred J41

Berikut adalah syarat lantikan/ kelayakan menjadi jurutera Gred J41.

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • (a) warganegara Malaysia;
  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • (c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/ Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur pelantikan:

  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber SPA

Amat lumayan juga gaji seorang engineer di sektor perkhidmatan awam. Selamat mendaftar jawatan Jurutera Gred J41 di Portal Rasmi SPA.

Leave your thoughts

Jawatan Kosong Terkini

Jawatan Kosong DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada
Jawatan Kosong Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan dan sedang mencari pekerjaan dalam sektor pendidikan. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
Jawatan Kosong PTPTN. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing  untuk mengisi kekosongan jawatan  yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan  jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Jawatan Kosong SAINS Water. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan
Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad. Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Pos Malaysia Berhad dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara. Berita baik kepada mereka yang berminat dan ingin berkerja di dalam sektor awam. Kerja kosong buat mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda kini berpeluang
Jawatan Kosong Yayasan Selangor. Perhatian buat mereka di luar sana yang sedang mencari kerja. Yayasan Selangor  dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh

Categories

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!