Tugas Pembantu Akauntan Gred W19 Dan Gaji

Deskripsi Tugas/ Skop Kerja Pembantu Akauntan Gred W19. Anda seorang lepasan SPM dan hendak tahu apa skop kerja dan gaji seorang pembantu akauntan? Panduan buat mereka yang berminat untuk bekerja dalam bidang Akauntan. Jawatan Pembantu Akauntan Gred W19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Senarai Tugas  Pembantu Akauntan Gred W19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum serta kenaikan gaji tahunan. Selain itu, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini.

Mereka yang berminat serta berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Akauntan Gred W19, anda perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah secara online.

Tugas Pembantu Akauntan Gred W19

Deskripsi Tugas Pembantu Akauntan Gred W19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Akauntan Gred W19 di Pelbagai Kementerian / Jabatan Kerajaan di Malaysia.

Kumpulan: Pelaksana

Kementerian/ Jabatan: Pelbagai Kementerian dan Jabatan

Jadual Gaji Pembantu Akauntan Gred W19

Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Akauntan Gred W19

  • GAJI MINIMUM : RM 1,353.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,005.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan

Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pembantu Akauntan Gred W19:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a. warganegara Malaysia;
  • b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sumber SPA

Semoga perkongsian tugas Pembantu Akauntan Gred W19 dapat dijadikan panduan buat para pemohon jawatan ini. Moga anda berjaya dalam permohonan jawatan kosong pembantu akauntan dan seterusnya berjaya menyertai sektor perkhidmatan awam.

Jawatan Kosong Terkini

Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang penjawat dalam DBKL dan sedang mencari pekerjaan? Berita baik untuk anda kerana DBKL telah membuat hebahan melalui laman sesawang rasmi dan laman facebook DBKL tentang kekosongan jawatan dalam
Perhatian buat lulusan SRP/ PMR/ PT3 yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di SPA. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan
Panduan buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM/ SVM/ SKM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian
Sedang mencari kerja kosong di sektor perkhidmatan awam (SPA). Berita baik buat pencari kerja lulusan SRP/ PMR/ PT3 melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Kementerian
Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia sehingga tarikh tutup permohonan pada 25 Mac 2018. Permohonan

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives