Jawatan Kosong MDKL (Majlis Daerah Kuala Langat)3705 views

Jawatan Kosong MDKL (Majlis Daerah Kuala Langat). Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan, anda semua diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kuala Langat sebelum permohonan ditutup. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 April 2017.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat

Jawatan Kosong MDKL (Majlis Daerah Kuala Langat)

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan di Majlis Daerah Kuala Langat :-

  1. ARKITEK GRED J41
  2. JURUUKUR BAHAN GRED J41
  3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
  4. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29
  5. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19
  6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
  7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
  8. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
  9. PEMBANTU OPERASI GRED N11
  10. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
  11. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
  12. PEMBANTU AWAM GRED H11

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong MD Kuala Langat

  • Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan ini SYARAT PELANTIKAN & MAKLUMAT JAWATAN

Cara Memohon Jawatan Kosong MD Kuala Langat

  • Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh majlis daerah kuala langat.
  • Anda boleh mengambilnya sendiri di :-

Bahagian Sumber Manusia,

Jabatan Khidmat Pengurusan,

Majlis Daerah Kuala Langat,

Persiaran Majlis,

Jalan Sultan Alam Shah,

42700 Banting.

  • Atau anda boleh mendapatkan borang permohonan di pautan ini JAWATAN KOSONG MDKL
  • Borang permohonan hendaklah lengkap bersertakan gambar berukuran passport dan dokumen-dokumen yang diperlukan dan disahkan.

 

Selamat membuat permohonan Kerja kosong Majlis Daerah Kuala Langat. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives