Jawatan Kosong MPD (Majlis Perbandaran Dungun)119 views

Jawatan Kosong MPD (Majlis Perbandaran Dungun) . Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan, anda semua diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Dungun. Tarikh tutup permohonan 14 April 2017.

  • Koleksi resume terbaik dalam pelbagai bidang pekerjaan klik TIP RESUME
  • Dapatkan pemeriksaan resume percuma anda di sini RESUME REVIEW  

Jawatan Kosong MPD (Majlis Perbandaran Dungun)

Jawatan Kosong MPD (Majlis Perbandaran Dungun)

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan di Majlis Perbandaran Dungun :-

  1. AKAUNTAN W41
  2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
  3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
  4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
  5. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
  6. JURUTEKNIK KOMPUTER JA29
  7. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
  8. PEMANDU KENDERAAN H11
  9. PENGHANTAR NOTIS N11
  10. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN & OPERASI N19
  11. PEGAWAI PENILAIAN W41
  12. JURUTERA J41
  13.  PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29
  14. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
  15. PEMBANTU KESIHATAN AWAM  U19
  16. PEMBANTU OPERASI N11
  17. PEMBANTU AWAM H11
  18. PEMBANTU KHAS / PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT N19 / 22

Syarat Asas Permohonan Majlis Perbandaran Dungun

  • Calon hendaklah berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang hendak dipohon.
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan ini SYARAT PELANTIKAN

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun

  • Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web http://mpd.terengganu.gov.my.
  • Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :
    1. Gambar berukuran ’passport’ (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
    2.  Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
    3.  Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
    4. Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan ; dan
    5.  Salinan dokumen kelayakan akademik berkaitan yang disahkan
    6. Pegawai sedang Berkhidmat hendaklah disertakan Laporan ’ SULIT’.
  • Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:-

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

JALAN YAHAYA AHMAD

23000 DUNGUN, TERENGGANU.

Selamat membuat permohonan Kerja kosong Majlis Perbandaran Dungun. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

 

  • This job has expired!
Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives