Kerja Kosong Sambilan Kementerian Kesihatan Malaysia 1177 views

Kerja Kosong Sambilan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berita baik buat mereka yang sedang mencari kerja sambilan! Kementerian Kesihatan Malaysia kini mempunyai kekosongan jawatan. Kementerian Kesihatan Malaysia dengan ini mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan kerja kosong secara sambilan ini di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang  dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan : 7 April 2017 (Jumaat).

 

 

Jawatan Kosong Sambilan Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Tiga jawatan kosong bagi perkhidmatan sambilan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Gred FA29

 

Lokasi :

  • Klinik Kesihatan Kelana Jaya
  • Clinic Kesihatan Seri Kembangan
  • Klinik Kesihatan Aneka

 

Syarat Pelantikan Jawatan :

  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau kejuruteraan elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Lulus Bahasa Malaysia termasuk lulus ujian Lisan pada peringkat SPM.
  • Berusia tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Mereka yang berpengalaman dalam bidang IT diperlawa untuk membuat permohonan.
  • Untuk rujukan sila lihat dia pautan yang disediakan syarat-syarat pelantikan.

Cara Memohon :

Semua permohonan mestilah dibuat menggunakan email. Anda dikehendaki menghantarkan resume anda berserta gambar kepada alamat email seperti berikut : itjkns.admin@moh.gov.my

Anda disarankan untuk membaca Tips Menulis Email Permohonan Kerja dengan betul bagi memastikan mereka yang menguruskan permohonan anda membaca dan mempertimbangkan permohonan anda.

Selamat membuat permohonan Kerja Kosong Sambilan Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini,

 

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives