Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M TNB)7428 views

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M TNB). Berita baik kepada semua graduan-graduan lepasan ijazah yang masih belum mendapat perkerjaan selepas daripada 6 bulan tempoh bergraduasi anda. Disini kami bawakan kepada anda semua platform dan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan diri dalam pasaran pekerjaan di luar sana. Tujuan utama skim latihan ini adalah untuk membantu graduan-graduan yang masih tidak mempunyai pekerjaan bagi mendapatkan perkerjaan yang diinginkan. Oleh itu anda semua diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi menjalani Skim Latihan 1 Malaysia daripada TNB. Tarikh tutup permohonan ialah 10 Mei 2017.

 

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M TNB)

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M TNB)

  1. SKIM LATIHAN 1MALAYSIA – INDUSTRI BEKALAN ELEKTRIK
    Elaun Bulan : RM1500
    Tempoh Latihan: 6 Bulan

 

Syarat Permohonan SL1M

  1. Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Graduan lepasan ijazah sarjana muda didalam bidang-bidang seperti berikut dengan PNGK 2.50 keatas :-
  • Kejuruteraan Elektrikal (kuasa)
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Sains Komputer/Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan/Kewangan
  • Pengurusan Pentadbiran/Sumber Manusia/Pentadbrian Awam/Statistik
  • Undang-Undang

 

Cara Membuat Permohonan SL1M

  • Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman sesawang yang telah sediakan oleh pihak TNB iaitu Brighspot Emadis.
  • Anda boleh membuat permohonan anda disini PERMOHONAN ONLINE SL1M
  • Sila pastikan anda memberikan segala maklumat dengan lengkap mereka yang gagal mengisi maklumat dengan lengkap tidak akan dilayan.

 

Selamat memohon dan semoga berjaya membuat pemohonan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M TNB).

 

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives