Tenaga Nasional Berhad (TNB) 176 views

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Latar Belakang

Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional ialah sebuah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya dianggarkan sejumlah RM 60.0 bilion. Bilangan pelanggannya meningkat sebanyak 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. TNB juga merupakan pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga menyediakan pendidikan tertinggi menerusi universitinya, iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan membuat kerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga melalui institusi pendidikan Kekompetenan Penjaga Elektrik (Chargeman) di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Kajang, Selangor.

Cara hubungi

Sebarang pertanyaan sila layari laman web rasmi https://www.tnb.com.my/contact-us/

About Us

JK
Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

Archives

Keep Updated With The Latest Job Posts!

error: Content is protected !!