Amanah Raya Berhad3269 views

Amanah Raya Berhad

Amanah Raya Berhad dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka. Ditubuhkan pada 1921 dan dikorporatkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. AmanahRaya adalah syarikat milik penuh kerajaan. Dengan pegangan saham sebanyak 99.99% oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan 0.01% oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.Selain daripada Peramanahan Korporat, AmanahRaya menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meliputi Pentadbiran Harta Pusaka berwasiat dan tidak berwasiat, Penulisan, Penyimpanan & Pelaksanaan Wasiat serta Pengurusan pelbagai Akaun Amanah bagi kepentingan benefisiari tertentu mengikut hasrat pelanggan.

Amanah Raya Berhad

Visi

Untuk terus unggul sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan profesional dalam bidang peramanahan dan pengurusan perwarisan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan tanggungjawab sosial

Misi

  • Memastikan kecekapan dan keuntungan adalah setanding dengan syarikat peramanahan swasta yang lain.
  • Memastikan tahap perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan.
  • Mewujudkan suasana kerja yang mesra, warga kerja yang cekap, terlatih, bersemangat tinggi dan berdaya saing semasa melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan dalam masa yang ditetapkan.
  • Berusaha untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru selaras dengan perubahan kehendak pelanggan.
  • Ke arah memantapkan keupayaan, meningkatkan imej dan seterusnya mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam pentadbiran peramanahan dan pengurusan perwarisan.

Hubungi

Sila klik  http://www.arb.com.my/

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives