Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)4014 views

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan. Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Bermula 18.7.2015 sehingga kini, jawatan Datuk Bandar kesebelas disandang oleh Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abdul Aziz.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Visi

DBKL akan menjadi Pihak Berkuasa Tempatan terunggul bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Misi

Untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Ibu Kota Kuala Lumpur menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan tadbir urus yang cemerlang.

Hubungi

Sila klik  http://www.dbkl.gov.my/

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives