Felcra Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd3178 views

Felcra Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd

Felcra Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd telah ditubuhkan pada pada 01 Mac tahun 2000 dan berdaftar sebagai kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah bagi menjana pendapatan anak syarikat di samping bersama-sama Felcra Berhad dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta berdaftar.

Selain daripada peranannya sebagai salah satu anak syarikat FELCRA BERHAD, FBPSB juga berperanan membantu dan menyokong mana-mana peserta yang berkecimpung dalam dunia perniagaan bagi membuka ruang dan peluang yang membolehkan mereka lebih berdaya saing selaras dengan perkembangan semasa.

Sepanjang penubuhannya, banyak pencapaian telah dicapai melalui bidang perniagaan iaitu, Bahagian Pusat Servis dan Alat ganti kenderaan, Bahagian Pembangunan Produk dan Peruncitan, Bahagian Insurans dan Niaga Pelbagai, Bahagian Insurans dan Khidmat Pelbagai serta juga Bahagian SBU Bengkel.

Visi Korporat

  • Ke arah sebuah perniaggan yang Progresif, Inovatif, Berdaya saing dan Menguntungkan.

Misi Korporat

  •  Menjadi penyedia perkhidmatan agen korporat insuran / takaful yang berjaya.
  •  Sebagai pembekal bekalan pelbagai dan perkhidmatan.
  • Bergiat di dalam bidang pengedaran pemakanan dan produk jenama HeMAT.

Objektif Koporat

  • Mengukuhkan aktiviti perniagaan agen korporat
  • Mengukuhkan aktiviti perniagaan agen korporat insuran / takaful dengan jaringan sub agen dan pilihan produk perlindungan yang berdaya saing.
  • Memastikan gabungan modal perniagaan 3 kelompok utama Kumpulan Felcra Berhad, Insitusi Peserta dan Insitusi staf dalam bidang perniagan adalah menguntungkan.
  • Memperbagaikan produk dalam aktiviti bekalan pelbagai dan perkhidmatan yang terkini sebagai pilihan kepada pelanggan.
  • Melaksanakan program pengedaran pemakanan dan produk jenama HeMAT.

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives