Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 452 views

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor  atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sepenuhnya milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan  agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah unuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kelebihan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

KUIS menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, bahasa dan komunikasi, ICT dan multimedia, kejururawatan dan pendidikan. KUIS juga sentiasa komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan (MQA) Agensi Kelayakan Malaysia.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

Tel : +603 8911 7000
Fax : +603 8926 8462
Laman Web :  info@kuis.edu.my (umum) / admission@kuis.edu.my (kemasukan) / webmaster@kuis.edu.my

 

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives

Rahsia LULUS Temuduga Jawatan SPA

error: Content is protected !!