Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)6098 views

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara. LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian. Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Visi

Pentadbir Cukai Terunggul yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara

Misi

Memberikan perkhidmatan percukaian yang cemerlang dengan :
i. Mempertingkatkan pematuhan sukarela
ii. Melaksanakan sistem percukaian berintegrasi dan telus
iii. Meningkatkan keberkesanan operasi melalui inovasi proses dan teknologi maklumat
iv. Memantapkan tenaga kerja kompeten

Hubungi

Sila klik disini  http://www.hasil.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives