Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)2899 views

This company has no active jobs

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta 249, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981 dengan tujuan untuk membantu  mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur di kawasan operasi KEDA.
Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat termiskin, pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan  kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial.
Dalam RMKe10, fokus pembangunan KEDA meliputi program pembangunan wilayah dan ke arah biaya diri. Aspek pembangunan wilayah merangkumi pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan khususnya di kawasan pedalaman yang kurang maju dan terpencil. Manakala ke arah biaya diri KEDA melibatkan inisiatif penubuhan anak syarikat beserta subsidiari di bawahnya.

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Visi

Menjadi sebuah agensi pembangunan yang utama dalam memaju dan memperkukuhkan taraf sosioekonomi penduduk dan kumpulan sasar khususnya dan Negeri Kedah pada amnya.

Misi

Berusaha mengeksploitasi sepenuhnya segala sumber manusia dan ekonomi serta membangunkan kawasan luar bandar bagi mewujudkan satu order sosioekonomi yang lebih mantap dan berdaya maju sejajar dengan dasar-dasar pembangunan negara.

Hubungi

Sila klik disini  http://www.keda.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives