Majlis Daerah Pekan3064 views

This company has no active jobs

Majlis Daerah Pekan

Majlis Daerah Pekan ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah. Encik Hashim bin Abdul Wahab, AMP., PJK., sebagai Yang Dipertua pertama dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang kakitangan. Dilancarkan secara rasmi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan MDP adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no. PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8km persegi.

Pada dasarnya bidang tugas MD Pekan meliputi perancangan fizikal, ekonomi serta sosial. Ke arah kemantapan pembangunan Bandar Pekan dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisyen juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar Pekan.

Pentadbiran Majlis Daerah Pekan sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, MDP akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pengunjung.

Majlis Daerah Pekan

Visi

Menjadikan Pekan sebuah daerah yang maju, harmoni, makmur dan lestari sehingga diiktiraf di peringkat Nasional menjelang 2020.

Misi

Untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Pekan yang bercirikan identiti Bandar Diraja melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti.

Hubungi

Sila klik  http://www.mdpekan.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives