Majlis Daerah Tanah Merah2476 views

Majlis Daerah Tanah Merah

Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km. persegi.

Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.

Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%.

Majlis Daerah Tanah Merah

Visi

Ke arah organisasi yang cemerlang dalam memacu perkhidmatan yang unggul dari persekitaran hidup yang berkualiti

Misi

Kami Warga Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah Komited Dalam Memberikan Perkhidmatan Yang Cemerlang Berdasarkan Nilai Teras Perkhidmatan Awam; Ubudiyyah, Masliyyah dan Itqan Dalam Memenuhi Kehendak Pelanggan dan Stakeholders

Hubungi

Sila klik  http://www.mdtanahmerah.gov.my

 

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives