Majlis Perbandaran Dungun (MPD)2739 views

This company has no active jobs

Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka. Kepesatan pembangunan aktiviti petroleum dan gas di kawasan Kerteh, Kemaman yang bersempadan dengan kawasan Paka, Dungun telah memberikan impak pembangunan kepada Daerah Dungun secara langsung dan meningkatkan pembangunan berbentuk ekonomi dan fizikal di kawasan Dungun. Senario ini menyokong kepada kenaikan taraf Majlis Daerah Dungun kepada Majlis Perbandaran. Bandar Kuala Dungun merupakan pusat pentadbiran dan bandar utama. Selain dari itu terdapat sebuah lagi bandar iaitu Pekan Paka. Mesyuarat MMKN bertarikh 15 Ogos 2007 telah bersetuju menaiktaraf MAJLIS DAERAH DUNGUN kepada MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN mulai 1 Januari 2008.

Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Visi

Ke arah melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan perbandaran yang cekap, cemerlang dan dinamik

Misi

Menjadikan MPD sebuah Pihak berkuasa tempatan yang berupaya meningkatkan pertumbuhan perbandaran ke arah keselesaan dan kesempurnaan kehidupan warga Dungun

Hubungi

Sila klik disini  http://mpd.terengganu.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives