MARA-Japan Industrial Institute (MJII)3148 views

MARA-Japan Industrial Institute (MJII)

SEJARAH PENUBUHAN MARA-Japan Industrial Institute (MJII)

Kolej Kemahiran Tinggi MARABeranang’ (KKTMBeranang) merupakan sebuah kolej kemahiran tinggi di bawah pengurusan Bahagian Kemahiran dan Teknikal(BKT) MARA. KKTMBeranang mula dibina pada tahun 2004 dengan keluasan 22 ekar. KKTMBeranang mula beroperasi pada Jun 2008 dan memulakan sesi akademik pada Januari 2009.

Institusi KKTMBeranang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi menempatkan diri mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian di samping melahirkan bakal-bakal usahawan.

Selaras dengan keperluan gunatenaga mahir negara, kewujudan KKTMBeranang memberikan kelainan berbanding pusat-pusat lain di mana  program yang dilaksanakan adalah bertaraf kejuruteraan dengan memfokuskan kepada teknologi terkini. Disamping mempelajari Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua, penerapan etika dan budaya kerja Jepun turut dilaksanakan di kalangan pelajar dan juga warga kerja. Ini menjadikan KKTMBeranang lebih mantap dalam melahirkan graduan yang berketerampilan dan berdaya saing.

 Pada 19 September 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengubah nama KKTMBeranang kepada MARA Japan Industrial Institute (MJII).

VISI & MISI

VISI MJII Beranang

” MJIIBeranang, dengan penuh semangat berazam bersungguh-sungguh untuk menjadikan kolej ini sebagai kolej pilihan untuk menghasilkan teknologi separa profesional dan usahawan-usahawan dalam bidang kejuruteraan elektronik untuk memenuhi kehendak industri dan masyarakat.”

MISI MJII Beranang

” Untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan industri dan latihan kemahiran praktikal ke arah budaya kerja Jepun dan usahawan yang berjaya. ”

 CARA HUBUNGI

Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh dihantarkan ke:

MARA Japan Industrial Institute
Lot 2333 Jalan Kajang Seremban
43700 Beranang
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8724 9344 / 9355
Fax : 03-8724 9275
Email :korporat@mjii.edu.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives