Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak2368 views

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973. Hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil. 2 tahun 1973 (asal),pin.9 (1974) dan pin. bil 7 (1981). Mula beroperasi pada tahun 1974. Pada awal penubuhan, PPPNP bermula dengan tanaman kelapa sawit dan getah selain tanaman kontan seperti ubi kayu di Ladang Ayer Kuning pada tahun 1978. Akibat penurunan harga pasaran getah dunia pada tahun 1975, PPPNP telah menumpukan kepada pembukaan ladang kelapa sawit.

Hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan warga kerja, PPPNP kini telah memiliki 25 ladang kelapa sawit termasuk sebuah ladang yang terletak di Palembang, Indonesia. Disamping itu juga PPPNP mempunyai 2 buah kilang memproses sawit yang terletak di Kg. Gajah, Perak dan juga di Palembang,Indonesia.

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-

  • Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.
  • Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.

Hubungi

Sila klik facebook.com/pppnp

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives