Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)2158 views

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, dan diberi mandat sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, untuk menggalakkan kesedaran dan perlindungan hak asasi manusia. 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Fungsi

SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.

Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:

  1. memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

Hubungi

Sila klik http://www.suhakam.org.my

 

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives