Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNTRe)7812 views

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNTRe)

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNTRe) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai:

  1. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  2. Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  3. Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.
  4. Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNTRe)

OBJEKTIF

Objektif Suruhanjaya ialah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diperuntukkan di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959 dengan memberi perkhidmatan yang cekap, adil dan saksama bagi memenuhi keperluan penjawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri.

WAWASAN

Menjadi sebuah agensi awam yang unggul berteraskan teknologi terkini dalam pentadbiran bagi memenuhi citarasa pelanggan.

HUBUNGI

Sila klik  http://spn.terengganu.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives