Tentera Darat Malaysia (TDM) has posted 1 job
Tentera Darat Malaysia (TDM). Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.
Tentera Darat Malaysia (TDM)
Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Fungsi dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu, berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu :
Kelompok Tempur – Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RAMD, RRD, RS dan KAD.
Kelompok Bantuan Tempur – Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RSD, RAJD, RAD, KPTD dan KRD
Kelompok Bantuan Perkhidmatan – Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen seperti KJLJD, KPA, KPD, KOD, KKD dan KAGAT
Askar Wataniah – Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara. Kemahiran anggota adalah standing dengan anggota tetap, malah ada memiliki kepakaran tertentu seperti telekomunikasi, perbekalan air, pengendalian pelabuhan dan pengendalian keretapi.
Hubungi
Sila klik http://army.mod.gov.my