Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu2826 views

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu. Perhatian buat mereka yang sedang mencari kerja. Majlis Daerah Kubang Pasu dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kubang Pasu. Tarikh tutup permohonan adalah 24 April 2017.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu

 

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu

Berikut adalah senarai jawatan terkini yang ditawarkan di Majlis Daerah Kubang Pasu :-

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
  2. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
  3. PENGHANTAR NOTIS GRED N11
  4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
  5. PEGAWAI PENGUATKUASA KP41
  6. PENOLONG JURUTERA JA29

 

Syarat Asas Permohonan Kerja Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu

  • Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat pelantikan yang telah ditetapkan.
  • Untuk maklumat lanjut sila klik pada pautan yang telah kami sediakan SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

Cara Memohon Kerja Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu

  •  Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang MDKP Am1 yang dikenakan bayaran Rm5 sekeping.
  • Borang hendaklah diambil di Bahagian Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu 06200 Jitra Kedah Darul Aman.
  • Borang Permohonan hendaklah diisi lengkap dan dihantarkan bersama-sama dokumen-dokumen yang disahkan seperti berikut:-
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil-sijil Persekolahan
  4. Kelulusan Akademik (yang berkaitan dengan jawatan yang hendak dipohon)
  5. Transkrip keputusan akhir (DIPLOMA/IJAZAH yang belum diterima)
  6. Sekeping gambar terkini berukuran passport
  7. Lain-lain dokumen sokongan.
  • Sila nyatakan jawatan yang hendak dipohon di atas sampul surat dan dhantarkan kepada alamat seperti berikut:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
06200 Jitra
Kedah Darul Aman

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu . Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

 

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives