Institut Sukan Negara (ISN)3528 views

Institut Sukan Negara (ISN)

Institut Sukan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan dalam peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN. Ini kerana kejayaan melahirkan atlet bertaraf dunia adalah melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan. Bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia. Bagi mempersiapkan pembangunan dan perkembangan aplikasi sains, perubatan dan teknologi sukan yang unggul dan bertaraf dunia. ISN telah menyediakan satu pelan perancangan jangka panjang bermula dari tahun 2015 – 2025 bagi menentukan hala tuju pembangunan dan perkembangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara yang bersepadu dan menyeluruh ke arah merealisasikan hasrat Pelan Strategik KBS, Wawasan 2020 dan Misi Nasional.

Institut Sukan Negara (ISN)

Visi

Institut Kecemerlangan Peneraju Aplikasi Ilmu dalam Sukan berlandaskan Amalan dan Bukti – Bukti Saintifik.

Misi

Selaras dengan Visinya, ISN akan memastikan Amalan, Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan di dalam Perubatan, Sains dan Teknologi Sukan berada di tahap Antarabangsa.

Hubungi

Sila klik disini  http://isn.gov.my/

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives