Jawatan Kosong ISN (Institut Sukan Negara)4456 views

Jawatan Kosong ISN (Institut Sukan Negara). Berita baik buat pencari kerja apapbila (ISN) Institut Sukan Negara kini mempunyai kekosongan jawatan. ISN adalah dengan ini mempelawa seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan Kerja Kosong Institut Sukan Negara bagi mengisi kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini.

Jawatan Kosong ISN (Institut Sukan Negara)

Jawatan Kosong ISN (Institut Sukan Negara)

Berikut adalah senarai Jawatan kosong terkini di Institut Sukan Negara yang boleh dipohon :-

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
  2.  JURUTERA J41
  3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
  4.  PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Syarat Kelayakan Permohonan ISN

  • Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 10 April 2017
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan
  • Untuk rujukan sila lihat di pautan yang telah kami disediakan SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

Cara Memohon Kerja Kosong ISN

  • Permohonan mestilah menggunakan BORANG PERMOHONAN KERJAYA ISN (boleh didapati di portal ISN)
  • Anda boleh mendapatkan borang permohonan di pautan yang telah kami sediakan KERJA KOSONG ISN
  •  Sertakan borang permohonan anda dengan SALINAN dokumen-dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

i. Kad Pengenalan;

ii. Sijil SPM/MCE, HSE/STPM atau setaraf;

iii. Ijazah dalam bidang berkaitan (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);

iv. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji

v. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat).

    Sila hantar secara terus atau pos permohonan yang lengkap kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA

ARAS 1, BAHAGIAN PENGURUSAN

INSTITUT SUKAN NEGARA

57000 SRI PETALING,

KUALA LUMPUR

(U.P: UNIT PERJAWATAN & PERKHIDMATAN)

  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang dipanggil ke sesi TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak ISN selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 03-89914400

(Cik Nurfadilah Bt Mohd Ali @ Shazali)

 

Selamat membuat permohonan Kerja Kosong ISN (Institut Sukan Negara). Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

 

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives