Jawatan Kosong UTM (Universiti Teknologi Malaysia)3194 views

Jawatan Kosong UTM (Universiti Teknologi Malaysia). Berita baik buat mereka yang sedang mencari kerja. Universiti Teknologi Malaysia dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini segera buat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di UTM sebelum tarikh tutup permohonan pada 16 April 2017 .

 

Jawatan Kosong UTM (Universiti Teknologi Malaysia)

Jawatan Kosong UTM (Universiti Teknologi Malaysia)

Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) :-

  1. PEMBANTU MAKMAL (CA19)
  2. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)
  3. PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA19)
  4. PENOLONG AKAUNTAN (WA29)

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan bagi semua jawatan yang hendak dipohon.

Cara Memohon

  • Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM. Klik di sini untuk memohon JAWATAN KOSONG UTM
  • Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
  • Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan 2 minggu sebelum temuduga.
    (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)
  •  Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas, sila memohon secara manual.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada :

    Pejabat Pendaftar (Perjawatan),

    Universiti Teknologi Malaysia,

    Jalan Sultan Yahya Petra,

    54100 Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong UTM (Universiti Teknologi Malaysia). Semoga anda berjaya.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives