Jawatan kosong UiTM Johor5262 views

Jawatan kosong UiTM Johor. Berita baik buat mereka yang sedang mencari kerja. Universiti Teknologi Mara Johor dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan iaitu pada 16 April 2017 untuk memohon kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini segera buat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di UiTM Johor. 

 

Jawatan kosong UiTM Johor

Jawatan kosong UiTM Johor

Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan di Universiti Teknologi Mara Johor :-

  1. PENOLONG JURUTERA (KIMIA) JA29
  2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) S29
  3. KERANI N19

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan bagi semua jawatan yang hendak dipohon.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
  • Syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v2atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.
  • Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA boleh di dapati DI SINI.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukan di alamat seperti berikut:-

TIMBALAN PENDAFTAR

BAHAGIAN PENTADBIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR

KAMPUS SEGAMAT

KM. 12, JALAN MUAR

85000 SEGAMAT 

JOHOR DARUL TA’ZIM

No Tel : +(607)-935 2338 / 2020 / 2273 / 2339

Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong UiTM Johor. Semoga anda berjaya.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives