Jawatan Kosong SPAJ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor2973 views

Jawatan Kosong SPAJ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Berita baik buat rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan. Anda semua dipelawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan kerja kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor adalah pada 22 April 2017.

 

Jawatan Kosong SPAJ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

 

Jawatan Kosong SPAJ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor :-

IJAZAH
(Kumpulan Pengurusan Dan Profesional)

  1. PEGAWAI SYARIAH GRED LS41
  2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
  3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41
  4. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

PMR
(Kumpulan Pelaksana)

  1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
  2. PEMBANTU AWAM GRED H11

Syarat Asas Permohonan Jawatan Kosong SPAJ

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  4. Melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon
  5. Untuk rujukan sila lihat di pautan yang telah kami disediakan SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

Cara Memohon Kerja Jawatan Kosong SPAJ

  1. Permohonan hanya diterima melalui Borang SPAJ.01-Online SAHAJA.
  2. Pemohon perlu mendaftar sebagai pencari kerja untuk membuat permohonan secara ONLINE
  3. Sila buat pendaftaran di pautan yang telah kami sediakan ini JAWATAN KOSONG SPAJ
  4. Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap sebelum membuat sebarang permohonan.
  5. Pastikan anda membaca dengan teliti segala maklumat jawatan yang ditawarkan sebelum membuat permohonan.

Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor. Semoga anda berjaya.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives