Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)3308 views

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM. Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968. Penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri. Kemudian diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam semasa, Bahagian Hal Ehwal Islam ( BAHEIS ) ini telah disusun semula. Maka pada 2 Oktober 1996, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan perakuan supaya BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa 1 Januari 1997 dengan nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Penubuhan Jakim dilihat sebagai salah satu platform di dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam. Seiring dengan perkembangan dan pembangunan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Transformasi yang dibentuk oleh Jakim adalah seiring dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi jabatan ini sebagai peneraju dalam membina ketamadunan ummah yang unggul.

Visi

Peneraju Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia Menjelang 2020

Misi

Memacu Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam Untuk Meningkatkan Kemaslahatan Negara Melalui Pemerkasaan Agensi Islam Secara Inovatif dan Strategik

 

Hubungi

Sila klik  http://www.islam.gov.my/hubungi-kami

 

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives