Jawatan Kosong JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)3628 views

Jawatan Kosong JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Berita baik buat mereka yang sedang mencari kerja. JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dengan ini mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon kekosongan jawatan yang dikongsikan di bawah ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini segera buat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di JAKIM sebelum tarikh tutup permohonan pada 14 April 2017 .

Jawatan Kosong JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Jawatan Kosong JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan di JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) :-

  1. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  • Lokasi kerja : Selangor 3 kekosongan, pahang 5 kekosongan, Perak 6 kekosongan, Negeri Sembilan 3 kekosongan, Johor 2 Kekosongan, Kelantan 2 Kekosongan.

Syarat asas Pelantikan Jawatan

  • Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 14 April 2017
  • Warganegara Malaysia;Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  •  Berkelulusan:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah, serta lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi) [Gaji Permulaan : RM1,352.00]; atau
    2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,408.40]; atau
    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,464.80]; dan
    4. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • Keutamaan

1. Permohonan oleh lepasan Sekolah Aliran Agama

2. Pemohon lelaki

3. Masyarakat asli peribumi yang mempunyai dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan memohon; dan

 4. Boleh berinteraksi dengan masyarakat asli peribumi dan bertugas di kawasan pedalaman.

Cara memohon

  • Sila klik pautan yang disediakan untuk memohon, JAKIM
  • Calon yang berminat hendaklah menghantarkan resume anda berserta salinan sijil-sijil yang berkaitan melalui pos ke alamat seperti berikut :-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya

No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman

Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Semoga anda berjaya.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives