Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP)2517 views

Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP)

Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP). Pada tahun 1989 Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kubang Pasu telah ditukarkan nama kepada Majlis Daerah Kubang Pasu dan diwartakan mengikut Seksyen 3, AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171). Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di Negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah utara, Daerah Padang Terap di sebelah timur, Daerah Kota Setar di selatan, Negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat. Mempunyai keluasan 94,596 hektar ( 945.971 km persegi ). Sebahagian besar tanah Daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% ( 33,773 hektar ) tanah di daerah ini dalam kawasan MADA manakala 65% ( 60,824 hektar ) di luar kawasan MADA. Mempunyai 21 mukim yang terdapat di dalam daerah ini.

Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP)

Visi

Menjadi Agensi Perbandaran Yang Unggul di Malaysia Menjelang Tahun 2020

Misi

  • Iltizam Memacu Transformasi Perkhidmatan Perbandaran
  • Berasaskan Inovasi Dengan Berpaksikan Integriti Ke Arah
  • Mewujudkan Perkhidmatan Perbandaran Yang Bersih-Indah
  • Makmur Dan Selamat Demi Kesejahteraan Warga Kubang Pasu

Hubungi

Sila klik disini  http://www.mpkubangpasu.gov.my

 

 

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives