Majlis Daerah Selama2393 views

Majlis Daerah Selama

Majlis Daerah Selama dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi. Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang. Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu. Local Council untuk perkampungan Cina. Pada tahun 1952, MD Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board). Dibawah Local Authorities Election Ordinance. Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance. Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan.Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.Tarikh 24hb. April, 1980 Majlis Daerah Selama telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Perak P.U.P.K 14. keluasan yang diwartakan dianggarkan 764.73 kilometer persegi bagi kawasan Majlis Daerah Selama.

Majlis Daerah Selama

Visi

Selama Ke Arah Bandar Lestari Berasaskan Pertanian Moden, Persekitaran Yang Kondusif, Selamat dan Sejahtera.

Misi

Melaksanakan Perancangan Pembangunan dan Perkhidmatan Yang Efisyen, Penyediaan Infrastruktur Serta Persekitaran Yang Berkualiti, Seimbang dan Mampan.

Hubungi

Sila klik  http://www.mdselama.gov.my

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives