Jawatan Kosong Majlis Daerah Selama2698 views

Jawatan Kosong Majlis Daerah Selama. Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan serta berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan, anda semua diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Selama. Tarikh tutup permohonan 30 April 2017.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Selama

Jawatan Kosong Majlis Daerah Selama

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan di Majlis Daerah Selama :-

  1. PEMBANTU TADBIR N19
  2. PENGHANTAR NOTIS N11
  3. PEMBANTU AWAM H11

 

Syarat Asas Permohonan Majlis Daerah Selama

  • Calon hendaklah berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan yang hendak dipohon.
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan ini SYARAT PELANTIKAN

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Selama

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi ( MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015) yang boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama.
  • Atau anda boleh dapatkan borang permohonan disini BORANG PERMOHONAN MD SELAMA
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Persekolahan atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, Kad Pengenalan, Surat Beranak / Sijil Kelahiran, yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport.
  • Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH SELAMA

34100 SELAMA

PERAK DARUL RIDZUAN

*NOTA

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggapkan bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

 

Selamat membuat permohonan Kerja kosong Majlis Daerah Selama. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan ini.

Share this job

Search Jobs

Job Locations

About Us

JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di Malaysia

Archives